Anak-anak tadika juga boleh mengikuti program Tumbuh Cerdik dengan jadual aktiviti-aktiviti seharian yang mempercepatkan pemantapan jatidiri dan memupuk akhlaq Islami.
Bagi para ibubapa yang menitikberatkan penyucian jiwa anak-anak sejak dari umur 5 tahun boleh menghantar mereka untuk kelas bimbingan bacaan Al-Quran.
Bimbingan bermula dari latihan mengenal huruf menggunakan kaedah Al-Barqi hingga mereka khatam seluruh Al-Quran. Kelas diadakan setiap petang Isnin hingga Khamis dan terbuka dari umur 5 hingga 12 tahun.
Para pelajar tadika dan pelajar sekolah rendah Kemuning II mempunyai lokasi yang mudah untuk mereka berehat, makan atau bersedia untuk ke Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA). Bagi pelajar sekolah Darjah 1, 2 dan 3, guru-guru akan mengambil dari pagar sekolah dan selepas bersiap akan menghantar mereka ke KAFA supaya keselamatan lebih terjamin.
Aktiviti-aktiviti yang bermanfaat akan dijalankan termasuk pengukuhan amali ibadah, panduan kerja sekolah, hafazan dan riadhah. Ikuti kami di facebook.
Diuruskan oleh AdSu Edumedia Sdn. Bhd. Tel: 03-51228952 / 019-3544672 E-mail : admin@citrus-soleh.org
Kreatif, Dinamik, Islamik